Tips Memikat Wanita Idaman


Emosi wanita boleh dimanipulasi

Sama ada anda mengetahui atau tidak, kebanyakkan lelaki diluar sana berjaya mengorat wanita dengan hanya bermain dengan emosi wanita tersebut. Wanita memang tidak dinafikan sedikit emosional berbanding lelaki. Tidak hairanlah mengapa mereka lebih dalam soal kasih sayang, belas kasihan, menangis, cemburu, dan sebagainya.




Justeru itu, gunakanlah peluang ini untuk mendapatkan si dia. Emosi ataupun perasaan wanita boleh sedikit sebanyak membantu anda untuk menawan hati mereka. Tetapi bagaimana? Ya, itulah  yang akan saya bincangkan selepas ini.

Saya beri anda beberapa situasi yang sebenarnya memang pernah berlaku disana sini. Nama-nama yang digunakan adalah sebagai contoh semata-mata.


Situasi 1.
Siti baru putus hubungan dengan kekasihnya Amran. Dia sangat sedih sehingga menyebabkan dia kurang bersemangat kerana Amran berlaku curang kepadanya. Namun, semenjak kehadiran Ali, segalanya telah berubah. Siti dapat merasakan bahawa Ali jauh lebih baik berbanding Amran walaupun cintanya pada Amran lebih mendalam dan Amran juga jauh lebih kacak daripada Ali.

 

Okay disini, Ali tiba tepat pada waktu Siti memerlukan seseorang untuk menghilangkan rasa kesedihannya. Peluang sebeginilah yang sepatutnya anda perlukan untuk memanipulasikan emosi wanita tersebut supaya hubungan antara anda dengan si dia dapat terjalin JAUH LEBIH MUDAH! Pada masa ini, Siti yang telah putus hubungan dengan Amran, tidak akan mementingkan paras rupa, malahan dia juga kurang mementingkan persoalan sejauh manakah cintanya kepada seseorang lelaki. Kedatangan Ali yang pandai mengambil hati dan menunjukkan sifat-sifat caring, penyayang telah berjaya membuatkan Siti untuk menerimanya. Mungkin pada awalnya penerimaannya adalah sebagai seorang kawan untuk meluahkan rasa kesedihan di hati. Hei, namun siapa tahu apa akan terjadi selanjutnya kan??

 

Situasi 2.
Mona seorang gadis yang happy go lucky!. Dia seorang yang kaki enjoy dan agak bersosial. Mona seorang yang seksi dan sangat suka bershopping, menonton wayang dan mengumpul koleksi handbag yang berwarna-warni.

Kalau kita lihat perwatakan Mona, anda harus berhati-hati.  Karakter sebegini jarang dapat melekat kepada seorang lelaki melainkan anda tahu kuncinya! Kunci yang bisa menjinakkanya. Apakah kuncinya? Senang sahaja. EMOSI. Dalam kes ini, emosi yang dimaksudkan ialah keterujaan Mona dalam kehidupan yang sedikit mewah, dan bersosial. Jika anda sukakan Mona, maka apa yang perlu anda lakukan ialah bertukar gaya anda kepada seorang lelaki bersosial dan bersifat ceria (Fun), easygoing, pandai berjenaka. Harus diingat, jika anda mahukan yang materialistik, bersiap sedia dengan poket yang penuh dengan duit. Belikan lah apa yang dia suka. Bawalah dia tengok wayang and berseronoklah dengan si dia.  Tetapi anda harus pandai untuk memulakan hubungan serius pada waktu yang sesuai. Ingat! Kena tepat pada waktunya. Jangan tersalah kerana anda mungkin akan terlepas untuk menjalinkan hubungan dengan si dia.


Betulkah?

Membina keyakinan diri.


Membina keyakinan diri adalah tonggak utama dalam misi anda untuk memikat wanita. Jika tiada keyakinan lumpuhlah harapan! Hatta si dia di depan mata anda seribu tahun sekalipun, jika anda tidak mempunyai keyakinan untuk memulakan langkah untuk menawan hati si dia maka jangan haraplah untuk mendapatkannya.

Ini adalah kenyataan! Ini adalah peraturannya! dan beginilah caranya kita memulakan permainannya. Setiap langkah permulaan memerlukan keyakinan diri. Anda perlu ada keyakinan ini. Jika anda seorang yang pemalu. Malu untuk menegur si dia, maka pergilah penuhkan ilmu di dada agar anda bersedia.

Jadi, bagaimanakah keyakinan itu boleh dibina? Keyakinan disini mengfokuskan kepada keyakinan anda untuk mendapatkan si dia iaitu memulakan langkah pertama anda. Langkah pertama inilah ramai lelaki yang kecundang. Sebenarnya, kecundang pada langkah pertama tidak bermakna anda kalah.

Jika anda tidak mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dengan wanita maka anda harus dengar apa yang cuba saya kongsikan disini. Konsepnya sangat mudah untuk mendapatkan keyakinan bahkan kemesraan dalam hubungan antara anda dan wanita tersebut.

Cara-caranya ialah melalui peraturan-peraturan berikut:

Rules # 1 : Anda perlu memahami wanita (kesukaan, kerahsiaan, perkara sensitif dll).

Rules # 2 : Anda perlu sentiasa dengan wanita.

Rules # 3: Anda perlu mengenal gesture wanita. Kenali wanita dan memahami kehendaknya dengan melihat air mukanya, gerak lakunya. Ilmu inilah yang sangat berharga.

Rules #4 : Anda perlu keluar dengan wanita.

Rules #5 : Anda perlu mengawal nafsu anda! (Nafsu marah, nafsu jantan miang)

Rules #6: Anda perlu pandai berkata-kata. 


Wanita yang disebutkan di atas tidak semestinya wanita idaman anda dan daripada enam peraturan di atas, ada satu hint untuk anda ketahui...iaitu. EMOSI!.

Tawanlah mereka dengan EMOSI tanpa melanggar peraturan yang enam tadi. Apa yang dimaksudkan disini ialah anda harus pandai menggunakan emosi wanita untuk mendapatkannya!

Contoh? Cukuplah saya berkongsikan tips ini secara umum sahaja. Rahsia segala rahsia akan dibongkar sedikit demi sedikit.

Jadilah seorang lelaki yang sebenar



Anda adalah diri anda. Anda tidak perlu untuk jadi orang lain. Jika anda cuba menjadi orang lain maka hilanglah keaslian diri anda. Berapa lama anda boleh berlakon untuk menjadi orang lain? Seminggu dua? Atau selama-lamanya?

Untuk memikat wanita idaman anda, anda perlulah jujur dan menjadi diri anda sendiri. Be yourself. Tetapi ini tidak bermakna anda boleh melakukan tabiat-tabiat buruk anda semata-mata saya ungkapkan istilah “Be yourself” tadi. Tidak!. Tidak sama sekali.

Kekalkanlah identiti anda, tetapi berusahalah untuk memperbaiki diri anda. Ubah cara anda berhias. Ubah penampilan anda supaya tampak lebih menarik. Biarlah lebih bergaya. Biarlah lebih maskulin.  Penting sangatkah maskulin? Ya, ianya sangat penting. Jadilah diri anda, dan jadilah seorang lelaki.

Bukan sahaja perlu lebih kemas dan segak, seorang lelaki seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut:

Sentiasa tenang & bersikap protektif. Kelebihan bagi orang yang bersikap tenang & protektif ini ialah ianya sangat disukai oleh wanita. Jika aura ini ada didalam diri anda. Saya pasti dan yakin, wanita yang anda dampingi akan mengatakan bahawa mereka rasa lebih selamat ketika bersama anda! Dan ini bermaksud?? (Anda fikirkanlah sendiri)

Tidak kasar dari segi perlakuan. Tidak dinafikan bahawa lelaki memang bersifat kasar dari segi perbuatannya. Kalau tidak, takkanlah dinamakan LELAKI ya tak? Walau bagaimanapun, seseorang lelaki sejati adalah seorang yang berlemah lembut dari segi percakapan mereka dan layanan mereka kepada wanita. Berlemah-lembut tidak akan menjadikan anda seorang yang ‘lembut’. Berlemah lembut dari segi percakapan anda dengan orang tua, sahabat-sahabat anda, dan si dia. Pastinya mereka akan cair!! Ada ungkapan seorang pahlawan yang boleh dikongsikan bersama iaitu “There are two things that you need to use your hand. One is when you eat. Two is when you with a woman”

Tidak kedekut untuk berbelanja. Bila memasuki bab kewangan ini ianya merupakan perkara yang perlu anda titik beratkan. Memang kebahagian tidak boleh dibeli dengan wang. Tetapi tanpa wang ianya boleh mendatangkan kesusahan. Dan apabila hadir kesusahan, pastinya ianya menggoyahkan kebahagian yang terjalin.  Janganlah anda terlalu berkira untuk belanja si dia ketika keluar bersama tetapi janganlah pula kamu lupa diri dan boros tidak tentu fasal. Sekiranya anda tidak pandai menguruskan wang. Rajin-rajinlah belajar mengenai pengurusan kewangan.

Tidak sukar untuk mendampingi wanita idaman anda. Anda boleh melakukannya tetapi ianya perlulah berstrategi dan tidak semberonoh sahaja. Kita akan bincangkan strategi memikat wanita pada artikel yang lain. 

Membina personaliti yang menarik


Personaliti yang menarik menjadi daya penguat untuk anda membuatkan si dia mudah menerima anda. Kebanyakkan wanita tidak mementingkan paras rupa yang tampan. Cukuplah sekadar anda mempunyai wajah yang ‘sedap mata memandang’ dan kemas serta ceria.

Personaliti luaran yang lazimnya di minati oleh seseorang wanita adalah seperti berikut:

Berpakaian kemas & menarik. Tidak semestinya pakaian anda harus berjenama. Cukuplah sekadar pakaian itu dapat membuatkan anda tampil segak.

Memakai wangian badan yang sesuai dan  tidak terlalu kuat. Cuba elakkan daripada memakai wangian yang berbau keras seperti minyak rambut zam-zam kerana ramai wanita tidak menggemarkannya.

Gigi bersih, kuku bersih, rambut tidak berkelemumur.

Misai dan janggut perlulah sentiasa dikemaskan

Kulit muka yang bersih, tidak berminyak dan berjerawat. Untuk merawati masalah jerawat, dapatkan panduan daripada saranan doktor disini.

Jika anda rasa yang anda kurang bergaya, kurang tampan, dan perlu untuk penambahbaikan terhadap personaliti diri. Mulakanlah sekarang! Jangan ditunggu-tunggu kerana peluang untuk mendapatkan si dia tipis jika anda tidak bertindak sekarang! 



Dan berikutnya merupakan BONUS yang akan menampakkan anda lebih menarik pada mata si dia.

Mempunyai tubuh badan sasa yang menampakkan lagi kesegakkan seseorang lelaki. Ciri-ciri ini akan membuatkan si dia lebih teruja untuk rapat dengan anda.  Jika anda mempunyai masalah berat badan dan memerlukan panduan diet untuk menurunkan berat badan. Klik di sini.


Rupa paras yang kacak merupakan kriteria idaman setiap wanita. Jika anda mempunyai paras yang tampan maka dengan mengikuti segala tips yang dikongsikan disini, untuk memikat wanita idaman anda bukanlah sesuatu yang mustahil!

Mengenali wanita idaman anda

Setiap wanita mempunyai karakter yang berbeza. Karakter inilah yang membuatkan mereka unik sehingga dapat menarik perhatian anda untuk mendampingi mereka. Tidak dinafikan seorang wanita yang cantik dan pandai mengemas diri merupakan faktor utama lelaki menyukai mereka. Ini adalah lumrah alam, lelaki memang sukakan wanita yang cantik, menawan dan menggoda.

Tetapi bukan semua lelaki seperti itu. Ada juga lelaki yang tidak langsung memandang paras rupa seseorang wanita itu sebaliknya mereka lebih mementingkan aspek kerohanian seperti apa yang telah disarankan oleh Rasullah S.A.W. Cantik? Perkara nombor dua.

Dalam usaha memikat wanita idaman anda, perkara yang perlu anda titik beratkan ialah mengenali karakter wanita idaman anda itu. Karakter yang bagaimanakah sebenarnya yang anda mahukan. Adakah si dia menepati citarasa ataupun keinginan anda? Janganlah semata-mata berusaha un tuk memikat seseorang wanita itu tetapi hubungan anda langsung tidak kekal sehingga jinjang pelamin.

Memikat wanita idaman adalah untuk dijadikan isteri yang sah dan berkongsi kehidupan yang bahagia bersama sehingga ke akhir ayat. Niat itu penting untuk mendapat keredhaan Allah swt.

Persoalannya, siapakah wanita idaman anda??

Adakah anda masih mencari lagi ataupun anda sudahpun ada yang berkenan di hati?

Jika anda sudah mempunyai wanita idaman maka teruskanlah membaca kerana kami akan mendedahkan rahsia untuk anda berjaya menawan hati si dia.

Petua Memikat Wanita


Setiap lelaki pasti menyimpan keinginan untuk menjadi teman lelaki atau teman istimewa kepada wanita yang disukainya. Namun masih ada juga dikalangan lelaki yang tidak Berjaya untuk mencapai apa yang mereka impikan itu. Memikat wanita perlulah kena dengan caranya. Apabila kena dengan masa dan cara, pasti wanita itu akan terpikat dengan anda! Disini kami akan memberikan tip-tip memikat wanita untuk anda secara percuma!

Penampilan yang kemas dan menarik.
Penampilan merupakan salah satu kunci utama kejayaan memikat wanita. Ketampanan seseorang itu hanya merupakan bonus pada dirinya sahaja. Tetapi menggunakan ketampanan semata-mata belum pasti lagi dapat membuatkan si dia jatuh hati pada anda. Pernahkah anda melihat lelaki yang tidak tampan tetapi mempunyai teman wanita yang manis dan menawan? Tidakkah anda tertanya-tanya apakah kelebihan lelaki tersebut?

Jadi, jagalah penampilan anda. Penampilan bagaimanakah yang dapat memikat seseorang wanita itu? Perkara ini kita akan kupas pada artikel yang akan datang. Percayalah, paras rupa bukanlah segalanya.

Keyakinan.
Lelaki yang lembik, lemah, tidak bersemangat, dan tidak mempunyai keyakinan mempunyai peratusan yang sangat rendah untuk mendampingi wanita idaman mereka. Wanita kini lebih cenderung untuk memilih lelaki yang tampak lebih maskulin disamping mempunyai keyakinan yang tinggi.  Ya, keyakinan merupakan kunci kepada kejayaan anda!

Sebelum lelaki  itu cuba untuk mengorat wanita, mereka memerlukan keyakinan. Keyakinan yang dimaksudkan disini ialah:

a)      Cara anda bercakap dengan si dia. Gemuruh? Gementar? Cara bercakap juga perlu dititikberatkan disini. Sebenarnya, pertuturan ini bergantung kepada ‘siapakah’ wanita idaman anda itu. Jika dia seorang yang sopan santun, lemah lembut, maka perkataan yang lebih sopan perlu digunakan. Berbeza pula sekiranya si dia merupakan seorang yang ‘easy going’, kerana sesetengah mereka akan kekok jika anda mengunakan perkataan yang sopan. Mereka akan menganggap anda SKEMA!! Awas!

b)      Kelakuan anda ketika bersama dengan si dia. Cuba elakkan daripada melakukan perkara-perkara bodoh yang boleh membosankan wanita yang anda cuba dampingi. Sekali anda tersilap langkah maka sukarlah anda untuk mendapat peluang yang lebih cerah di masa hadapan.   INGAT JANGAN GOPOH!

Untuk pertama kali berjumpa, janganlah terlalu menonjolkan perasaan anda kepada si dia tetapi sebaliknya cubalah untuk lebih ramah & mesra sebagai seorang kawan. Mereka akan lebih mudah untuk bergaul dengan anda sebagai kawan untuk pertama kali berjumpa. Dalam pada masa ini jugalah anda berpeluang untuk mengenali si dia dan juga si dia untuk mengenali anda.

Sikap , sifat, gaya & cara.
Percayakah anda sekiranya saya katakan, sikap dan sifat juga memainkan peranan yang boleh membantu anda memikat wanita idaman anda?

Percayakah anda bahawa setiap wanita sukakan sesuatu sikap yang baik? Apakah sikap baik yang anda ada?

Ada wanita menyukai seseorang tu kerana sikapnya yang suka menolong orang lain. Ada juga seorang wanita itu menyukai seseorang itu kerana senyuman. Ada juga wanita itu menyukai seseorang lelaki dengan cara mereka berjalan. Pelik? Itulah kenyataannya.

Tidak kiralah banyak atau sedikit sikap dan sifat baik anda, cuba jauhkan perkara-perkara berikut:
a)      Merokok. Jika anda perokok, janganlah merokok dihadapannya.
b)      Menyimpan kuku panjang.
c)       Memakai baju yang sudah berbau.
d)      Tidak mencukur misai & rambut kusut masai.
e)      Sendawa , kentut dan sebagainya.
f)       Ego, sombong dan keras kepala.

Tidak semua perempuan materialistik.
Tidak semua perempuan adalah materialistik dan tidak semua antara mereka akan termakan dengan hadiah-hadiah yang anda berikan. Wanita sukakan hadiah, jadi jangalah terlalu kedekut untuk memberikan hadiah kepadanya. Anda boleh memberikan hadiah ketika waktu yang sesuai seperti  hadiah hari jadi.

Anda perlulah mempunyai kewangan yang mantap. Tidak kiralah gaji anda kecil dan anda bekerja sebagai buruh sekalipun. Apa yang penting ialah anda perlu buktikan bahawa anda mempunyai perancangan kewangan yang mantap. Ingat! Tidak ada wanita yang sukakan lelaki yang pokai kecuali memang mereka tidak ada sesiapa yang mahu. :p

Kata-kata yang romantis.
Kata-kata romantis merupakan senjata ramai lelaki untuk memikat wanita. Penting sangatkah kata-kata romantis ini?

Jawapannya ialah Ya.

Ya kerana dengan kata-kata romantis, wanita akan mudah jatuh hati pada anda.  Kata romantis ini bukanlah ayat-ayat jiwang semata-mata. Ketahuilah bahawa, apa pun yang anda katakan kepadanya, pastikan ianya tidak mengguris hati si dia.

Setiap apa yang anda tuturkan perlulah berupaya untuk menambat hati si dia. Itulah yang PENTING! Ayat-ayat manis boleh. Sekali sekala tak mengapa lah ya.

Itu sahaja tips  yang kami kongsikan untuk anda pada artikel kali ini. Sekian. Wassalam.

Bukan ilmu nak jadi playboy cuma mencari yang berkenan di hati