Tips Memikat Wanita Idaman


Petua Memikat Wanita


Setiap lelaki pasti menyimpan keinginan untuk menjadi teman lelaki atau teman istimewa kepada wanita yang disukainya. Namun masih ada juga dikalangan lelaki yang tidak Berjaya untuk mencapai apa yang mereka impikan itu. Memikat wanita perlulah kena dengan caranya. Apabila kena dengan masa dan cara, pasti wanita itu akan terpikat dengan anda! Disini kami akan memberikan tip-tip memikat wanita untuk anda secara percuma!

Penampilan yang kemas dan menarik.
Penampilan merupakan salah satu kunci utama kejayaan memikat wanita. Ketampanan seseorang itu hanya merupakan bonus pada dirinya sahaja. Tetapi menggunakan ketampanan semata-mata belum pasti lagi dapat membuatkan si dia jatuh hati pada anda. Pernahkah anda melihat lelaki yang tidak tampan tetapi mempunyai teman wanita yang manis dan menawan? Tidakkah anda tertanya-tanya apakah kelebihan lelaki tersebut?

Jadi, jagalah penampilan anda. Penampilan bagaimanakah yang dapat memikat seseorang wanita itu? Perkara ini kita akan kupas pada artikel yang akan datang. Percayalah, paras rupa bukanlah segalanya.

Keyakinan.
Lelaki yang lembik, lemah, tidak bersemangat, dan tidak mempunyai keyakinan mempunyai peratusan yang sangat rendah untuk mendampingi wanita idaman mereka. Wanita kini lebih cenderung untuk memilih lelaki yang tampak lebih maskulin disamping mempunyai keyakinan yang tinggi.  Ya, keyakinan merupakan kunci kepada kejayaan anda!

Sebelum lelaki  itu cuba untuk mengorat wanita, mereka memerlukan keyakinan. Keyakinan yang dimaksudkan disini ialah:

a)      Cara anda bercakap dengan si dia. Gemuruh? Gementar? Cara bercakap juga perlu dititikberatkan disini. Sebenarnya, pertuturan ini bergantung kepada ‘siapakah’ wanita idaman anda itu. Jika dia seorang yang sopan santun, lemah lembut, maka perkataan yang lebih sopan perlu digunakan. Berbeza pula sekiranya si dia merupakan seorang yang ‘easy going’, kerana sesetengah mereka akan kekok jika anda mengunakan perkataan yang sopan. Mereka akan menganggap anda SKEMA!! Awas!

b)      Kelakuan anda ketika bersama dengan si dia. Cuba elakkan daripada melakukan perkara-perkara bodoh yang boleh membosankan wanita yang anda cuba dampingi. Sekali anda tersilap langkah maka sukarlah anda untuk mendapat peluang yang lebih cerah di masa hadapan.   INGAT JANGAN GOPOH!

Untuk pertama kali berjumpa, janganlah terlalu menonjolkan perasaan anda kepada si dia tetapi sebaliknya cubalah untuk lebih ramah & mesra sebagai seorang kawan. Mereka akan lebih mudah untuk bergaul dengan anda sebagai kawan untuk pertama kali berjumpa. Dalam pada masa ini jugalah anda berpeluang untuk mengenali si dia dan juga si dia untuk mengenali anda.

Sikap , sifat, gaya & cara.
Percayakah anda sekiranya saya katakan, sikap dan sifat juga memainkan peranan yang boleh membantu anda memikat wanita idaman anda?

Percayakah anda bahawa setiap wanita sukakan sesuatu sikap yang baik? Apakah sikap baik yang anda ada?

Ada wanita menyukai seseorang tu kerana sikapnya yang suka menolong orang lain. Ada juga seorang wanita itu menyukai seseorang itu kerana senyuman. Ada juga wanita itu menyukai seseorang lelaki dengan cara mereka berjalan. Pelik? Itulah kenyataannya.

Tidak kiralah banyak atau sedikit sikap dan sifat baik anda, cuba jauhkan perkara-perkara berikut:
a)      Merokok. Jika anda perokok, janganlah merokok dihadapannya.
b)      Menyimpan kuku panjang.
c)       Memakai baju yang sudah berbau.
d)      Tidak mencukur misai & rambut kusut masai.
e)      Sendawa , kentut dan sebagainya.
f)       Ego, sombong dan keras kepala.

Tidak semua perempuan materialistik.
Tidak semua perempuan adalah materialistik dan tidak semua antara mereka akan termakan dengan hadiah-hadiah yang anda berikan. Wanita sukakan hadiah, jadi jangalah terlalu kedekut untuk memberikan hadiah kepadanya. Anda boleh memberikan hadiah ketika waktu yang sesuai seperti  hadiah hari jadi.

Anda perlulah mempunyai kewangan yang mantap. Tidak kiralah gaji anda kecil dan anda bekerja sebagai buruh sekalipun. Apa yang penting ialah anda perlu buktikan bahawa anda mempunyai perancangan kewangan yang mantap. Ingat! Tidak ada wanita yang sukakan lelaki yang pokai kecuali memang mereka tidak ada sesiapa yang mahu. :p

Kata-kata yang romantis.
Kata-kata romantis merupakan senjata ramai lelaki untuk memikat wanita. Penting sangatkah kata-kata romantis ini?

Jawapannya ialah Ya.

Ya kerana dengan kata-kata romantis, wanita akan mudah jatuh hati pada anda.  Kata romantis ini bukanlah ayat-ayat jiwang semata-mata. Ketahuilah bahawa, apa pun yang anda katakan kepadanya, pastikan ianya tidak mengguris hati si dia.

Setiap apa yang anda tuturkan perlulah berupaya untuk menambat hati si dia. Itulah yang PENTING! Ayat-ayat manis boleh. Sekali sekala tak mengapa lah ya.

Itu sahaja tips  yang kami kongsikan untuk anda pada artikel kali ini. Sekian. Wassalam.

0 comments:

Catat Ulasan

Bukan ilmu nak jadi playboy cuma mencari yang berkenan di hati